SEKTOR pembinaan mengalami masalah kekurangan tenaga kerja sepanjang tahun, kata pihak berkepentingan, sambil menambah pemain industri terikat dengan dasar buruh asing Putrajaya, yang mana setiap dasar baharu menimbulkan kebimbangan kepada syarikat.
Menurut mereka, kedua-dua pentadbiran dahulu dan sekarang masih gagal menetapkan dasar untuk memenuhi permintaan industri dan sekali gus mampu menyelesaikan masalah kekurangan pekerja.
Dalam sektor hartanah, hampir keseluruhan tenaga kerja pembinaan adalah buruh asing.
Sejak beberapa tahun lalu, jumlah buruh asing yang memasuki industri tidak sepadan dengan jumlah yang meninggalkan negara ini, yang mana terdapat segelintir daripada mereka enggan kembali ke Malaysia selepas permit pekerjaan mereka tamat. Ini menyebabkan kontraktor berdepan masalah kekurangan pekerja untuk menepati tarikh akhir projek.
Presiden Master Builders’ Association Malaysia Foo Chek Lee memberitahu The Malaysian Insight, kebanyakan pemaju projek di Lembah Klang telah menaikkan gaji untuk menarik pekerja.
Kebanyakan pekerja berminat dengan kenaikan gaji sehingga RM5 sejam, katanya.
Kebanyakan tenaga buruh mendapat RM70 hingga RM80 sejam. Pekerja yang berpengalaman boleh mendapat bayaran antara RM150 hingga RM180 sejam, untuk lapan jam waktu bekerja.
“Sekiranya gaji dinaikkan RM5 sejam, lebih ramai yang mahu bekerja. Itu apa yang dilakukan kontraktor kini.”
Katanya projek pembinaan berkembang perlahan di seluruh negara kerana kekurangan tenaga buruh.
“Pekerja dari Indonesia, Bangladesh dan Nepal enggan kembali, terutamanya warga Indonesia, yang boleh mendapat pendapatan lebih tinggi di negara mereka. Ada sesetengah pemaju berharap dapat melatih pekerja tempatan.
“Bayaran tenaga buruh asing semakin menigkat, dan pemaju perlu membayarnya. Ini merupakan isu yang kami hadapi kini.” – 29 Julai, 2019.
Berita penuh di sini.
Sektor pembinaan kurang tenaga buruh
Komen