Majlis tentera Sudan tegas mahu gencatan senjatan


Jurucakap Majlis Peralihan Tentera (TMC) Shams-Eddin Kabashi dalam satu kenyataan berkata delegasi TMC mengadakan pertemuan dengan Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudan/puak Abdel-Aziz Al-Hilu di bahagian utara. – Gambar AFP, 29 Julai, 2019.

MAJLIS Peralihan Tentera (TMC) Sudan pada Ahad mengulangi komitmennya untuk mewujudkan gencatan senjata di zon konflik dan melaksanakan wawasan bersama mengenai proses damai, lapor agensi berita Xinhua.

“Semasa lawatannya ke Juba, delegasi TMC mengadakan pertemuan dengan Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudan/puak Abdel-Aziz Al-Hilu di bahagian utara,” kata  jurucakap TMC Shams-Eddin Kabashi dalam satu kenyataan.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk menghasilkan visi bersama mengenai proses damai, kata Kabashi.

Beliau berkata “delegasi TMC menekankan mengenai gencatan senjata yang kekal, sementara pergerakan itu berikrar memperbaharui genjatan selepas berunding dengan anggota ‘Revolution Front Alliance’.”

Kedua-dua pihak menekankan pentingnya keamanan dan bersetuju membuka laluan bagi membolehkan bantuan ke kawasan konflik dilakukan, katanya.

Timbalan Pengerusi TMC Mohamed Hamdan Daqlu dan delegasinya mengadakan lawatan dua hari ke Sudan Selatan bermula Ahad. – Bernama, 29 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen