MUSIM pilihan raya Afghanistan dicemari apabila keganasan tercetus sehingga menyebabkan 20 orang terbunuh manakala 50 lagi cedera semalam.
Serangan letupan semalam menyasarkan pejabat calon naib presiden, Amrullah Saleh.
Keganasan berlaku pada hari pertama kempen pilihan raya presiden, pada jam 4.40 petang waktu tempatan.
Satu letupan kuat berdekatan pajabat Green Trend, iaitu pertubuhan masyarakat pimpinan Saleh. Bagaimanapun, Saleh hanya cedera ringan, kata pegawai di pejabatnya.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, serangan bermula apabila pengebom bunuh diri meletupkan kereta yang dipenuhi bahan letupan di pintu masuk bangunan pejabat. Tiga penyerang kemudian menyusup masuk bangunan.
Selepas enam jam, penyerang berjaya dibunuh dan kira-kira 150 orang yang terperangkap dalam bangunan dikeluarkan.
Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab setakat ini. – AFP, 29 Julai, 2019.
Komen