PLATFORM video, YouTube sedang giat menyekat sebarang perkongsian menggalakkan perkauman, kebencian, keganasan dan maklumat palsu, kata ketua pegawai produknya.
“YouTube telah berkembang besar. Lebih ramai pelakon jahat. Dengan itu, ia memerlukan peraturan baharu,” kata Neal Mohan dalam satu wawancara.
Berikutan tekanan meningkat daripada orang awam terhadap YouTube dan platform media sosial lain mendorong mereka mengehad dan menyekat unsur-unsur negatif.
Laporan media pada minggu lepas berkata gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Google membayar denda bernilai jutaan dolar kepada Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) AS atas dakwaan melanggar undang -undang privasi data kanak-kanak di YouTube.
YouTube dan platform media sosial lain juga menjadi tempat para teori konspirasi menafikan tragedi seperti Holocaust dan tragedi 11 September.
“Kami perlu pastikan perkara seperti ini tidak dibiarkan berleluasa di platform kami,” kata Mohan.
YouTube pada bulan lepas berkata akan menyekat video yang menggalakkan perkauman dan diskriminasi.
“Dua juta pengguna melawat platform kami setiap bulan, jadi kami perlu menjalankan tangggungjawab dengan serius.” – AFP, 29 Julai, 2019.
Komen