NAJIB Razak mungkin menganggap wang sebanyak RM42 juta dalam akaunnya adala sebahagian daripada derma berikutan transaksi berjumlah ratusan juta ke dalam akaun lain beberapa tahun sebelum itu, mahkamah didengar hari ini.
Bekas perdana menteri itu berdepan tujuh pertuduhan jenayah kerana menerima RM42 juta dalam dua akaun peribadi Ambank pada 26 Disember, 2014 dan 10 Februari, 2015. Akuan terkini itu, yag nombor terakhirnya 880 dan 906 dibuka pada 2013.
Peguam bela, yang merujuk kepada transkrip komunikasi dan dokumen, bertanya kepada bekas pengurus perhubungan AmBank untuk mengesahkan transaksi ke dalam akaun Najib yang nombor terakhirnya 694.
Ia termasuklah RM100 juta yang diterima di empat cawangan pada 2011 dan AS$681 juta yang diterima dari Tanore Finance Corp pada 2013.
Peguam bela Harvinderjit Singh turut merujuk kepada transaksi melalui log perbualan antara Yu dan ahli perniagaan dalam pelarian Low Taek Jho, yang dibantah oleh timbalan pendakwa raya ad hoc V. Sithambaram.
Sithambaram mempersoalkan perkaitan transaksi sebelum yang dituduh kepada Najib. Tambahnya, transaksi yang dirujuk Harvinderjit untuk mengaitkan dana yang berkaitan dengan 1Malaysian Development Berhad, dan menambah ia hanya “membuang masa” untuk teruskan soalan.
Beliau menambah bahawa dana itu “digunakan dengan baik sebelum pendakwaan.”
Harvinderjit berkata transaksi itu menunjukkan bahawa Low berkomunikasi dengan bank ketika transaksi itu berlaku.
Beliau berhujah bahawa dana yang memasuki akaun baru Najib dilihat berasal dari sumber yang sama.
“Walaupun ia digunakan, ini bukan perkara yang saya maksudkan. Apa yang saya maksudkan anak guam saya, dalam fikirannya menganggap ia sebagai sumbangan. Ini adalah relevan kerana keadaan fikirannya adalah di mana hala tuju kita.”
Terdahulu, Harvinderjit juga meminta Yu mengenai nama kod yang digunakan Low untuk mata wang - iaitu pai untuk dolar AS, sate untuk ringgit dan cip untuk pound sterling.
Yu berkata nama itu dipilih oleh Low, yang mana Harvinderjit mencadangkan bahawa chips adalah rujukan kepada “fish and chips”. – 29 Julai, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen