3 sah maut, berpuluh cedera dalam tragedi tembakan terbaru di AS


Polis dikejarkan ke tempat tembakan terbaru yang berlaku di California, tiga orang sah maut. – Gambar AFP, 29 Julai, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA tiga orang maut dan berpuluh lagi cedera selepas seorang penembak menyerang sebuah festival makanan utama din California pada Ahad, lapor media AS.

Polis Gilroy berkata “jenayah masih aktif” di tapak festival bawang putih, 48 kilometer di selatan San Jose, salah sebuah festival makanan terbesar di negara itu.

Exco perbandaran Dion Bracco berkata sekurang-kurangnya tiga maut menurut pelbagai laporan media AS termasuk New York Times. – AFP, 29 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen