Najib mengaku RM42 juta masuk ke akaunnya, kata saksi


Bede Hong

Peguam Ranjit Singh Harvinder Singh membacakan afidavit difailkan oleh Najib Razak bagi saman fitnah terhadap bekas menteri pengangkutan Dr Ling Liong Sik pada 2016. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Julai, 2019.

NAJIB Razak mengaku RM42 juta masuk ke akaun banknya, menurut afidavit yang difailkannya dalam tuntutan fitnah terhadap ahli politik MCA Dr Ling Liong Sik pada awal 2016.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak mengetahui dana itu disalurkan melalui dua perantara, kata peguam Ling, Ranjit Singh Harvinder Singh, yang membacakan afidavit Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Najib sedang dibicarakan bagi tujuh pertuduhan jenayah kerana menerima RM42 juta dana SRC Antarabangsa pada Disember 2014 dan Februari 2015.

Ling, semasa satu majlis di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2015, berkata Najib tidak layak menjadi perdana menteri dan menyeru beliau meletak jawatan selepas laporan baharu mengenai penyelewengan dana awam.

“Kerana beliau (Najib) telah mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadinya sendiri,” Ling dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.

 Najib menarik samannya pada 22 Mei 2018, beberapa minggu selepas Barisan Nasional hilang kuasa dan beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri. – 29 Julai, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen