SERANGAN pada hujung minggu ini oleh pengganas Boko Haram selepas upacara pengebumian di timur laut Nigeria menyebabkan 65 orang maut, hampir tiga kali ganda daripada jumlah korban awal, kata seorang pegawai tempatan pada Ahad.
Puluhan lagi mayat ditemui susulan serangan Sabtu oleh lelaki bersenjata di sebuah kampung dekat ibukota wilayah Maiduguri.
“65 orang mati dan 10 cedera,” kata pengerusi kerajaan tempatan, Muhammed Bulama.
Bulama berkata lebih 20 orang mati dalam serangan awal selepas upacara pengebumian dan puluhan yang lagi dibunuh kerana cuba memburu pengganas.
Pemimpin militia anti-Boko Haram tempatan mengesahkan angka kematian tetapi memberikan sedikit berbezaan angka bagi serangan itu.
Bunu Bukar Mustapha memberitahu AFP, 23 orang terbunuh ketika mereka kembali dari pengebumian dan “baki 42 dibunuh ketika mereka mengejar pengganas”.
Wartawan AFP di tempat kejadian melihat rumah dibakar dalam serangan itu dengan ahli keluarga mengumpul mayat mangsa untuk dikebumikan.
Bulama menganggap serangan terbaru itu sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan dua minggu lalu 11 pengganas Boko Haram oleh penduduk setempat ketika pengganas menyerang kampung. Penduduk juga merampas 10 senapang automatik.
Pengganas Boko Haram berulang kali menyerang daerah Nganzai di sekitarnya.
Pada September tahun lepas, kumpulan itu membunuh lapan orang dan mencuri haiwan ternakan di dua kampung di kawasan itu selepas penduduk cuba menghalangnya. – AFP, 29 Julai, 2019.
Komen
Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Nick Rodriges · Ulasan
Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Nick Rodriges · Ulasan
Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Nick Rodriges · Ulasan
Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Nick Rodriges · Ulasan
Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Nick Rodriges · Ulasan