Meghan jadi pengarang jemputan Vogue British edisi September


Meghan, isteri Putera Harry menjadi pengarang jemputan Vogue British edisi September, majalah fesyen paling banyak dibaca di dunia. – Gambar EPA, 29 Julai, 2019.

ISTERI Putera Harry, Meghan akan menjadi pengarang jemputan majalah Vogue British edisi September, yang akan menyaksikan baginda melakukan “wawancara spontan” dengan bekas wanita pertama AS, Michelle Obama.

Edisi itu bertajuk “Kuasa Perubahan” akan menampilkan 15 orang wanita “yang disatukan kerana keberanian mereka memecah halangan”, termasuklah pakar primatologis terkenal Jane Goodaal, kata kenyataan dikeluarkan keluarga diraja.

“Tujuh bulan ini adalah proses berganjaran besar…untuk terlibat dalam isu majalah fesyen paling banyak dibaca dan memandu tumpuannya kepada nilai, perjuangan dan individu yang memberi kesan kepada dunia hari ini,” kata Meghan yang merupakan Duchess of Sussex.

“Menerusi lensa ini, saya berharap anda akan merasai kekuatan kolektif wanita pelbagai latar belakang yang dipilih.”

Wanita lain yang ditampilkan dalam majalah itu termasuklah Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern, Jane Fonda dan Salma Hayek Pinault serta gadis pejuang perubahan iklim dunia Greta Thunberg.

Majalah itu akan mula dijual pada 2 Ogos. – AFP, 29 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen