Trump umum ketua risikan AS lepas jawatan 15 Ogos


Pengarah Perisikan Amerika Syarikat Dan Coats tidak mempunyai hubungan baik dengan Presiden Donald Trump. – Gambar EPA, 29 Julai, 2019.

KETUA perisikan Amerika Syarikat (AS) Dan Coats akan melepaskan jawatannya pada 15 Ogos, umum Presiden Donald Trump pada Ahad di Twitter.

Coats kerap berselisih pendapat dengan Trump semasa memegang jawatan sebagai pengarah Perisikan Negara dan ada masa kelihatan tidak dimaklumkan apa-apa oleh pentadbirannya, tetapi cuba mengelak sebarang konfrontasi secara langsung dengan presiden itu.

Trump menulis beliau bercadang untuk mencalonkan anggota kongres Texas, John Ratcliffe sebagai pegawai seterusnya untuk menyelia dan menyelaraskan CIA, NSA dan badan pengintipan AS yang lain.

Trump mengatakan Ratcliffe akan memimpin dan menginspirasi negara yang dicintai.

Di Kongres, Ratcliffe menjadi pembela kuat Trump dan mengkritik dua orang musuh presiden, bekas ketua FBI James Comey dan penasihat khas Robert Mueller.

Pemergian Coats ini akan menjadi yang terbaru selepas keluarnya beberapa pegawai pentadbiran Trump, termasuk setiausaha pertahanan Jim Mattis, ketua keselamatan negara Kirstjen Nielsen, ketua kakitangan John Kelly dan diplomat atasasa Rex Tillerson. – AFP, 29 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen