Pulau cantik Patagonia dilanda tumpahan minyak


Kawasan yang tercemar adalah sebahagian dari selatan Chile, yang mempunyai beberapa perairan paling bersih di dunia dan kaya dengan ekosistem laut. – Gambar AFP, 28 Julai, 2019.

SEKURANG-kurangnya 40,000 liter minyak tumpah di kawasan laut pulau terpencil Patagonia di hujung selatan Chile, kata pihak berkuasa tempatan.

Tentera laut Chile berkata pihaknya menghantar satu pasukan ke lokasi itu pada hari Sabtu di bahagian timur laut bandar Puerto Natales, selepas syarikat perlombongan Chile dan syarikat pengeluar keluli CAP melaporkan insiden tumpahan minyak itu.

“Unit-unit diarahkan segera ke kawasan itu untuk memantau apa yang telah berlaku, bagi mengawal dan mengurangkan kemungkinan kerosakan akibat kejadian itu,” kata tentera laut Chile itu.

Kapal dan bot rondaan laut turut dihantar bersama pasukan tentera bagi menghadkan pencemaran di lokasi tersebut, kata tentera laut, di samping turut menambah mereka pihaknya telah memulakan siasatan berhubung tumpahan minyak tersebut.

Kawasan yang tercemar adalah sebahagian dari selatan Chile, yang mempunyai beberapa perairan paling bersih di dunia dan kaya dengan ekosistem laut. – AFP, 28 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen