Israel, AS berjaya uji sistem pemintas misil balistik


Sistem pertahanan Arrow yang dibiayai oleh AS, dibangunkan dan dikeluarkan oleh Industri Aeroangkasa Israel dengan kerjasama Boeing. – Gambar YouTube, 28 Julai, 2019.

ISRAEL dan Amerika Syarikat (AS) berjaya menjalankan ujian sistem pemintas peluru berpandu balistik yang disifatkan sebagai pertahanan daripada ancaman Iran.

Ujian sistem Arrow-3 itu dijalankan di Alaska dan ia berjaya memintas sasaran di udara, kata kementerian pertahan Israel dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Israel Netanyahu berkata Israel kini mempunyai keupayaan membalas serangan misil balistik yang dilancarkan sama ada dari Iran atau mana-mana tempat.

“Ini merupakan pencapaian hebat untuk keselamatan Israel,” katanya.

Pada Januari, Israel berkata pihaknya berjaya menjalankan ujian sistem itu di Israel.

Beberapa siri ujian turut dijalankan sebelum sistem pertahanan itu ditempatkan di pangkalan udara Israel pada 2017.

Israel berkata sistem yang dipasang sebelum ini merupakan versi lama dan kini ia dinaik taraf dengan perlindungan yang lebih canggih.

Sistem pertahanan Arrow yang dibiayai oleh AS, dibangunkan dan dikeluarkan oleh Industri Aeroangkasa Israel dengan kerjasama Boeing.

Sejak 2015, musuh utama Israel, Iran terus membangunkan dan menguji misil balistik yang dikatakan untuk tujuan pertahanan. – AFP,  28 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen