KOREA Utara membebaskan sebuah bot nelayan bersama 15 krew dari Rusia dan dua buah bot Korea Utara yang ditahan kerana menceroboh wilayahnya, kata Kedutaan Rusia di Pyongyang.
Pembebasan itu berlku hampir dua minggu selepas pengawal sempadan Korea Utara menahan kapal milik Syarikat Perikanan North-Eastern Rusia pada 17 Julai.
Kapal itu yang dinamakan sebagai Xiang Hai Lin 8, meninggalkan pelabuhan Wonsan.
Moscow berkata pihaknya akan menyiasat insiden penahanan itu.
Sementara itu, kementerian penyatuan Korea Selatan, mengalu-alukan tindakan Pyongyang membebaskan bot nelayan dari negaranya.
Seoul menyifatkan langkah itu sebagai tindakan positif dari sudut kemanusiaan.
Bot dari Korea Selatan itu tiba di pelabuhan Sokcho pada Ahad. – AFP, 27 Julai, 2019.
Komen