Bot Korea Utara masuk perairan Korea Selatan


Bot kayu itu melintasi sempadan had Utara di Laut Timur, yang juga dikenali sebagai Laut Jepun pada jam 11.20 pm Sabtu. – Gambar AFP, 28 Julai, 2019.

SEBUAH bot Korea Utara membawa tiga penumpang melintasi sempadan perairan Korea Selatan dan ditunda ke pelabuhan, lapor agensi berita Yonhap hari ini memetik kenyatan pegawai Korea Selatan.

Bot kayu itu melintasi sempadan had Utara di Laut Timur, yang juga dikenali sebagai Laut Jepun pada jam 11.20 pm Sabtu, katanya dipetik Yonhap.

Anak kapal dan bot itu kemudian ditunda ke pelaburan tentera Korea Selatan untuk siasatan, katanya.

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka berpaling tadah atau tidak sengaja melintasi sempadan.

Pada Jun lalu, sebuah bot nelayan Korea Utara membawa empat anak kapal berjaya melintasi kawasan perairan dikawal ketat itu dan berlabuh tanpa dikesan. Dua daripada mereka dihantar pulang dan dua lagi menyatakan hasrat berpaling tadah.

Seorang jeneral tentera Korea Selatan dipecat kerana masalah kelemahan pengawasan sempadan.

Lebih daripada 30,000 warga Korea Utara melarikan diri tetapi jarang sekali berjaya melintasi sempadan darat yang dipenuhi periuk api dan kawat besi.

Kebanyakannya memilih menggunakan jalan sempadan dengan China lebih mudah lolos. – AFP, 28 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen