MAHKAMAH Maghribi menjatuhkan hukuman mati kepada dua warga Belanda berhubung pembunuhan seorang pelajar perubatan secara tidak sengaja pada 2017, kata seorang peguam bagi keluarga mangsa pada Sabtu.
Dua tahun lalu, Edwin Gabriel Robles Martinez dan Shardyone Girigorio Semerel didakwa melepaskan tembakan di sebuah kafe di pusat pelancongan Marrakech.
Mereka mensasarkan pemilik kafe, tetapi secara tidak sengaga membunuh seorang pelajar dan mencederakan dua yang lain, lapor media tempatan.
Pada masa itu, pegawai tempatan berkata insiden tembakan itu bermotifkan balas dendam yang dikaitkan secara langsung dengan rangkaian jenayah yang berlaku di beberapa negara Eropah.
Pada Jumaat mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 suspek lain dalam kes yang sama dengan tempoh tiga hingga 20 tahun kerana menubuhkan “geng jenayah”, kata peguam Abdellatif Htitech kepada AFP.
Antara yang disabitkan adalah pemilik kafe, yang menerima hukuman penjara 15 tahun kerana mengedar dadah, kata Htitech, yang mewakili keluarga pelajar perubatan itu.
Seorang jurucakap kementerian luar negeri di Belanda memberitahu AFP yang pihak kedutaan berhubung secara langsung dengan peguam tanpa memberi butiran lanjut.
Ditanya apakah Belanda akan campur tangan, Annemijn van den Broek berkata ia terserah kepada mereka yang bersalah untuk memutuskan membuat rayuan atau tidak.
Bagaimanapun, beliau menambah yang Belanda menentang hukuman mati.
Maghribi baru-baru ini menjatuhkan hukuman mati pada awal bulan ini terhadap tiga penyokong kumpulan militan Islamic State kerana memenggal kepala dua pelancong wanita Scandinavia walaupun ia membekukannya sejak 1993.
Beberapa orang ditangkap pada selepas semasa insiden tembakan 2017 itu. – AFP, 28 Julai, 2019.
Komen