INDIA mengerahkan helikopter tentera laut dan bot agensi kecemasan untuk menyelamatkan lebih 800 penumpang kereta api yang terperangkap dalam banjir dekat Mumbai.
Kereta api Mahalaxmi Express dalam perjalanan ke Kolhapur tetapi hanya bergerak sejauh 60 kilometer sebelum terperangkap dalam banjir yang berpunca akibat tebing sungai pecah.
Pengangkutan awam itu terperangkap selama 12 jam di daerah Thane sebelum pihak berkuasa menghubungi tentera laut dan pasukan kecemasan bagi mengeluarkan mangsa.
Kesemua penumpang berjaya diselamatkan selepas operasi berlangsuang selama lima jam dan antara yang terselamat termasuk sembilan wanita mengandung.
Sekurang-kurangnya 37 doktor dikerah untuk merawat penumpang.
Hujan lebat yang melanda Mumbai menyebabkan 11 penerbangan dibatalkan manakala sembilan lagi pesawat terpaksa mendarat di lapangan terbang lain.
Lebuh raya utama dari Mumbai ke Goa juga terpaksa ditutup akibat ditenggelami air. – AFP, 27 Julai, 2019.
Komen