SEKURANG-KURANGNYA 12 orang awam terbunuh dalam serangan udara rejim di barat laut Syria.
Serangan itu dilancarkan terhadap kubu kuat kumpulan pelampau, Hayat Tahrir al-Sham yang bersekutu dengan Al-Qaeda di Idlib, dan beberapa kawasan berhampiran wilayah Aleppo, Hama dan Latakia.
Kawasan itu sepatutnya terlindung dari sebarang serangan tentera mengikut perjanjian zon penampan pada September tahun lalu.
Namun rejim Syria dan sekutunya, Rusia menggiatkan serangan udara sejak beberapa bulan lalu.
Dalam serangan hari ini, dua kanak-kanak antara 12 orang awam yang maut dalam serangan di pekan Ariha di Idlib.
Serangan itu turut mencederakan 28 mangsa lain.
Pada Rabu lalu, 10 orang awam maut dalam serangan udara di pekan yang sama.
Serangan tentera kerajaan dan Rusia menyebabkan lebih 740 nawata orang awam terbunuh sejak April lalu.
Sekurang-kurangnya 50 buah sekolah dan 39 kemudahan kesihatan musnah dalam serangan tentera rejim dalam tempoh tersebut.
Perang di Syria menyebabkan 370,000 terbunuh dan berjuta lagi menjadi pelarian sejak 2011. – AFP, 27 Julai, 2019.
Komen