25 mayat bayi ditemui di Ivory Coast


Penemuan menyayat hati itu berlaku di bandar Gagnoa, kira-kira 230 kilometer dari Abidjan, bandar terbesar di negara itu. – Gambar AFP, 27 Julai, 2019. 

POLIS menemui mayat 25 bayi di tanah perkuburan di Ivory Coast, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Penemuan menyayat hati itu berlaku di bandar Gagnoa, kira-kira 230 kilometer dari Abidjan, bandar terbesar di negara itu. 

Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan, polis bergegas ke lokasi dan mendapati mayat bayi itu dibungkus dalam bungkusan berwarna hitam.

Siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan pihak berkuasa keselamatan. 

Media tempatan melaporkan bayi-bayi itu mungkin digunakan oleh sindiket menjual organ manusia atau ritual voodoo. – Bernama, 27 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen