BAHRAIN melaksanakan hukuman mati ke atas dua penganut Syiah kerana didapati bersalah menjalankan aktiviti keganasan, kata pihak berkuasa.
Hukuman itu dilaksanakan walaupun mendapat kecaman daripada kumpulan hak asasi manusia antarabangsa.
Pihak pendakwaan mengumumkan hukuman mati itu bagi kali pertama sejak lebih dari dua tahun. Namun tidak mendedahkan kedua-dua mereka yang dihukum mati tersebut.
Bagaimanapun, kumpulan hak asasi manusia menamakan dua orang iaitu Ali al-Arab, 25, dan Ahmad al-Malali, 24, menurut sumber kehakiman tanpa tanpa pengesahan.
Tertuduh dijatuhkan hukuman mati bersama-sama banduan lain yang terbukti bersalah di atas jenayah bunuh.
Keluarga mereka dipanggil ke penjara pada hari Jumaat untuk lawatan terakhir, kata kumpulan pemantau hak asasi, Human Rights Watch (HRW).
Negara Teluk yang bersaiz kecil itu merupakan sekutu utama Amerika Syarikat yang terletak di antara pesaing serantau Arab Saudi dan Iran, dicengkam oleh siri rusuhan sejak 2011, ketika pihak berkuasa membubarkan protes yang dipimpin golongan Syiah yang menuntut reformasi politik.
Kedua-dua mereka ditembak mati skuad penembak pada hari Sabtu ditahan secara berasingan pada Februari 2017 dan dijatuhkan hukuman mati pada Januari tahun lepas selepas perbicaraan terhadap 58 defendan yang didakwa melakukan penyeksaan ganas.
Kedua-dua mereka disabitkan kesalahan “membentuk kumpulan pengganas” yang kemudian menjalankan beberapa serangan bersenjata terhadap kerajaan. – AFP, 23 Julai, 2019.
Komen