Siasatan tentera dapati suspek pemberontak Thailand mungkin tercekik


SUSPEK pemberontak yang ditemui tidak sedarkan diri selepas ditahan di sebuah kem tentera Thailand di selatan negara itu mungkin tercekik, menurut hasil siasatan yang diketuai oleh tentera.

Kawasan selatan Thailand yang diduduki etnik Melayu-Muslim berada dalam konflik berdarah sejak 15 tahun lalu membunuh hampir 7,000 orang.

Para pemberontak menuntut hak autonomi untuk wilayah yang memiliki budaya berbeza dari negeri-negeri lain yang majoritinya diduduki penganut Buddha.

Pemberontak yang disyaki disoal siasat dan diselenggarakan di bawah undang-undang darurat yang mengawal tiga negeri di kawasan selatan negara itu, dan tuduhan salah guna kuasa pihak tentera dilaporkan berakar sejak berkuasa.

Sabtu lalu, pihak berkuasa menahan pemberontak yang disyaki Abdulloh Esormusor, 34, di pusat tahanan Inkayuth di wilayah Pattani, di mana sejam selepas penahanannya dia ditemui tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital.

Siasatan yang diketuai oleh tentera mengatakan “tiada kesan serangan dan tiada lebam”, tetapi kecederaan di bahagian otak yang teruk dikatakan mungkin disebabkan aneurisme atau lemas.

“Doktor mengesyorkan bahawa otak bengkak yang dialaminya boleh disebabkan oleh ... mati lemas atau kekurangan oksigen ke otak,” kata kenyataan yang dikeluarkan lewat Jumaat oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada pegawai tentera dan polis, serta beberapa NGO.

“Jawatankuasa akan meneruskan siasatan bagi mengetahui kejadian sebenar,” katanya lagi. – AFP, 27 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen