DUA orang terbunuh dan berpuluh yang lain cedera, termasuk dua atlit warga Amerika yang menghadiri kejohanan renang dunia, selepas balkoni sebuah kelab malam runtuh di Korea Selatan, kata polis hari ini.
“Balkoni dalam kelab di Gwanju runtuh, membunuh dua orang dan mencederakan ramai yang lain, dan jumlah cedera dijangka meningkat,” kata Song Gi-ju, detektif Polis Gwangju.
“Bedah siasat untuk dua yang terbunuh dijadualkan berlaku esok. Kedua-duanya adalah warga tempatan dan tiada kaitan dengan pertandingan renang itu. Antara yang cedera termasuklah dua orang atlit- seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya atlit Amerika.”
Mangsa yang maut berusia 38 tahun dan 27 tahun itu dikejarkan ke hospital selepas balkoni dalam kelab malam itu runtuh sekitar jam 2.30 pagi Sabtu, tetapi meninggal dunia, menurut laporan media yang melaporkan sekurang-kurangnya 10 orang sah cedera dalam tragedi itu.
“Ini tragedi menyedihkan,” kata Christopher Ramsey, CEP Polo Air AS.
“Pemain pasukan lelaki dan wanita kami sedang meraikan kejayaan pasukan wanita apabila balkoni kelab malam itu runtuh.
“Kami turut bersedih bersama-sama keluarga mangsa.”
Tambahnya, semua pemain polo air AS “selamat”.
Gambar menunjukkan balkoni yang runtuh kerana dibebani dengan pengunjung kelab malam, ia runtuh dari ketinggian lima meter.
Kejohanan renang dunia itu tamat pada Ahad. – AFP, 27 Julai, 2019.
Komen