Filipina dilanda gempa bumi berkembar


Dua gempa bumi melanda pulau di utara Filipina awal hari ini, dengan laporan awal menunjukkan berlakunya kemusnahan dan kecederaan. – Gambar fail EPA, 27 Julai, 2019.

DUA gempa bumi melanda pulau di utara Filipina awal hari ini, dengan laporan awal menunjukkan berlakunya kemusnahan dan kecederaan.

Kedua-dua gempa bumi itu melanda wilayah Batanes, sekumpulan pulau di utara pulau terbesar negara itu, Luzon.

Gempa bumi berukuran 5.4 dan 5.9 magnitud itu berlaku selang beberapa jam, menurut Kaji Selidik Geologi AS. Tiada amaran Tsunami dikeluarkan.

Media Filipina menyiarkan gambar rumah musnah, jalan raya retak dan gereja musnah.

Laporan awal menunjukkan orang ramai cedera dalam gempa bumi itu.

Filipina terletak di “Lingkaran api” Pasifik, rangkaian di mana aktiviti seismik gerak berlaku, menyebabkan ia cenderung dilanda gempa bumi seperti Jepun, menerusi Asia Tenggara dan merentasi Pasifik. – AFP, 27 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen