SEKUMPULAN besar belalang muncul di Las Vegas Strip minggu ini, mengejutkan pelancong dan penduduk ketika serangga itu melalui daerah berkenaan dalam proses migrasi ke utara.
Banyak video dimuat naik ke media sosial menunjukkan sekumpulan serangga itu mengerumuni lampu di kawasan padat dengan hotel dan tempat hiburan, malah di laluan pejalan kaki turut dipenuhi belalang.
Jabatan Pertanian Nevada berkata “pencerobohan” yang jarang berlaku itu mungkin ada kaitan dengan musim sejuk dan musim bunga.
Jeff Knight, pakar serangga di Jabatan Pertanian berkata walaupun serangga itu agak menakutkan bagi kebanyakan orang, ia tidak berbahaya.
“Mereka tidak membawa penyakit. Mereka tidak gigit. Dan mereka bukan antara spesies yang dianggap masalah,” kata Knight.
Katanya, belalang berukuran 1.5 inci itu akan terbang ke kawasan Las Vegas dalam tempoh dua minggu, paling lama. – AFP, 27 Julai, 2019.
Komen