PRESIDEN Donald Trump semalam menolak isyarat perang dalam ujian senjata jarak dekat dilancarkan Korea Utara, berkata ujian ditujukan kepada Korea Selatan, bukan Amerika Syarikat (AS).
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sendiri mengarahkan dua senjata dilancarkan sebagai amaran kepada Korea Selatan berhubung latihan bersama eksais ketenteraan dengan AS.
Trump yang berusaha keras menjalinkan hubungan dengan Kim, yang dilihat sebagai diktator paling menindas di dunia, kelihatan tidak gentar dengan senjata dilancarkan Korea Utara.
“Dia tidak hantar amaran kepada AS,” kata presiden itu kepada media.
“Mereka ada pertikaian, mereka berdua ada perbalahan,” katanya merujuk kepada Korea Utara dan Korea Selatan yang berperang pada 1950-1953 di mana tentera AS pada masa itu memainkan peranan, mengakhiri perang itu sebagai pelindung Korea Selatan.
Trump berkata senjata itu dilancarkan pada jarak dekat, dan ia “sangat standard”.
Walaupun ia tidak akan sampai di AS, tetapi jarak peluru berpandu yang disasarkan itu dengan mudah boleh terkena sekutu AS, Korea Selatan dan pangkalan tentera AS di kawasan berhampiran sempadan.
“Hubungan saya dengan Kim sangat baik. Kita lihat apa jadi nanti,” kata Trump. – AFP, 27 Julai, 2019.
Komen