Polis Vietnam temui 7 bangkai harimau dalam kereta


Pihak berkuasa Vietnam menemui tujuh bangkai harimau dalam sebuah kereta di Hanoi, lapor media tempatan. – Gambar AFP, 26 Julai, 2019.

PIHAK berkuasa Vietnam menemui bangkai harimau dalam sebuah kereta di Hanoi, lapor media tempatan hari ini.

Laporan juga menyebut seorang suspek utama penyeludupan haiwan liar juga berjaya ditahan.

Menurut akhbar Cong An Nhan Dan, Nguyen Huu Hue yang dipercayai sudah bertahun-tahun menyeludup haiwan dari Laos, ditangkap bersama dua lagi individu semalam selepas tujuh bangkai harimau ditemui di dalam kereta mereka.

“Hue tubuhkan syarikat yang menjual bahan binaan untuk mengaburi pergadagangan harimau dan haiwan liar,” lapor akhbar rasmi Kementerian  Keselamatan Awam Vietnam itu.

Tidak pasti sama ada bangkai tersebut berasal dari hutan atau ladang harimau haram di Laos yang banyak membekalkan daging haiwan itu ke pasaran Asia.

Polis sebelum ini berjaya menangkap beberapa suspek sindiket yang beropeasi sejak beberapa tahun. – AFP, 26 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen