BEKAS penyokong setia kerajaan Singapura, Tan Cheng Bock hari ini mempelawa adik kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong penyertai parti pembangkang yang baru ditubuhkannya.
Tan menubuhkan Progress Singapore Party (PSP) untuk bertanding pada pilihan raya 2021 dan kebelakangan ini dilihat sering bersama Lee Hsien Yang.
Hsien Yang, seorang eksekutif perniagaan dan adik perempuannya bergeser dengan Hsien Loong berkenaan banglo keluarga mereka. Pertikaian tercetus selepas bapa mereka, mendiang Lee Kuan Yew meninggal dunia pada 2015.
Sokongan dari anggota keluarga perdana menteri dlilihat dapat merangsang pembangkang yang lemah di Singapura yang lebih setengah abad laludiperintah oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP).
“Lee Hsien Yang dan saya, kami berkawan baik,” kata Tan, bekas ahli Parlimen PAP yang keluar parti pada 2010 dan bertanding bagi jawatan perdana menteri tahun berikutnya.
Hsien Yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Tan, menyifatkannya sebagai pemimpin Singapura yang layak dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.
Dalam tempoh seminggu ini, Tan secara rasmi akan melancarkan partinya. – AFP, 26 Julai, 2019.
Komen