“ELIT bandar” tidak boleh minta kerajaan Pakatan Harapan (PH) memansuhkan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) tetapi tidak berbuat apa-apa untuk membantu Melayu dan Bumiputera yang miskin, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Anwar yang dijangka menjadi perdana menteri berkata demikian mengulas golongan “elit bandar” yang mendesak kerajaan mengakhiri dasar tindakan afirmatif itu tetapi tidak mengendahkan ketidaksamarataan dalam negara.
Walaupun tidak menghuraikan maksud “elit bandar”, Anwar berkata mereka termasuk individu kaya, konglomerat perniagaan dan pakar ekonomi serta analisis yang setaraf.
Tetapi pada masa sama, Anwar berkata kerajaan PH bergerak daripada pendekatan berdasarkan kaum dalam DEB kepada sesuatu lebih inklusif, strategi berdasarkan kepada keperluan untuk merapatkan jurang kekayaan antara masyarakat berbeza dalam negara.
“Elit bandar sukar hendak dengar tentang bagaimana kami mahu hapuskan dasar tindakan tetapi mereka tidak mahu buat apa-apa dalam menangani ketidaksamarataan dalam negara,” kata Anwar kepada audiens di simposium ekonomi di bangunan Parlimen hari ini. – 26 Julai, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen