PUTRAJAYA sepatutnya tidak berlengah dan memastikan pasukan petugas khas ditubuhkan mula menyiasat kehilangan dua aktivis yang hilang selepas kegagalan pihak polis berbuat demikian, kata kumpulan masyarakat sivil hari ini.
Rakyat Bantah Kehilangan Paksa (Caged) mengatakan sudah lebih 16 minggu selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengeluarkan laporan yang Cawangan Khas polis terlibat dalam penculikan kedua-dua lelaki itu.
Kini sudah lebih tiga tahun sejak Pastor Raymond Koh dan aktivis dari Perlis, Amri Che Mat hilang tanpa sebarang kesan.
Jurucakap Caged, Rama Ramanathan memberitahu The Malaysian Insight mereka ingin tahu apakah bidang tugas pasukan itu.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN) mesti menunjukkan sedikit keterdesakan dalam hal ini.
“Mereka mesti menjelaskan apakah peranan pasukan petugas yang perlu dilakukan.
“Adakah mereka di sana untuk menyiasat kesahihan laporan Suhakam atau untuk menyiasat Cawangan Khas Bukit Aman, yang menurut laporan terlibat dalam penculikan?”
Rama juga mempersoalkan sama ada mereka akan mengambil alih siasatan kehilangan Amri dan Koh daripada pegawai penyiasat semasa dan akan melaporkan secara berkala kepada keluarga serta Suhakam.
Caged mengatakan KDN tidak bertindak sewajarnya membentuk pasukan petugas khas untuk mencari mereka yang hilang dan menghukum pelaku kejahatan yang sebegitu berat.
“Kami kecewa dengan kerahsiaan yang bidang tugas ‘pasukan petugas’ yang ditubuhkan oleh kementerian untuk menyiasat Cawangan Khas, Bukit Aman yang menculik dua lelaki itu.” – 26 Julai, 2019.
Berita penuh di sini
Komen