Umno Pekan fail bantahan tuntutan SPRM


Bede Hong

Umno Bahagian Pekan pada Selasa mengemukakan bantahan terhadap saman pelucuthakan difailkan oleh SPRM berhubung wang berkait dengan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Julai, 2019.

UMNO Pekan memfailkan bantahan awal terhadap saman pelucuthakan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dalam usaha mendapatkan kembali wang berkait dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Peguam M Reza Hassan memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa parti itu tidak akan membayar RM700,000 yang diminta oleh agensi anti rasuah itu.

Bantahan itu difailkan pada Selasa.

Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai memohon mahkamah menetapkan 23 Ogos untuk mendengar jawapan balas mereka.

Sementara itu, peguam yang mewakili Naza Quest Auto Sdn. Bhd dan Yayasan Rahah memohon pembayaran penuh.

Pengurusan kes ditetapkan juga pada 23 Ogos.

Jumlah yang diselesaikan ialah masing-masing RM269,662 dan RM839,489.92

SPRM memfailkan tuntutan sivil pelucuthakan terhadap 41 individu dan entiti dalam usahanya mendapatkan semula RM270 juta wang 1MDB. – 26 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen