TUNISIA berdepan dengan masalah lambakan mayat pendatang asing yang mati lemas di pantainya ketika cuba mendarat di negara Eropah.
Kebanyakan mangsa lemas selepas kapal mereka lemas dalam insiden pada Mei lalu, menyebabkan bandar di tepi pantai Tunisia, terutama di Gabes terpaksa mengendalikan berpuluh-puluh mayat.
Lebih 80 mayat ditarik keluar dari laut Tunisa baru-baru ini – kebanyakannya mangsa kapal karam pada 1 Julai lalu.
Ada yang ditarik keluar dari laut berhampiran bandar pelabuhan Zarzis dan sebahagian lagi di kawasan pulau peranginan Djerba di bahagian selatan.
Semua mayat dibawa ke hospital Gabes – satu-satunya hospital yang boleh mengambil sampel DNA.
Di bilik mayat, mayat terpaksa disusun saling bertindih di atas lantai kerana terlalu banyak, sedangkan kapasiti bilik itu hanya 30 mayat.
Selepas ujian forensik, mayat itu terpaksa disimpan dalam bilik mayat hingga tapak pengebumian ditemui, di mana ia amat menyukarkan Tunisia.
Gabenor Gabes Mongi Thameur berkata kebanyakan pihak perbandaran enggan membenarkan pendatang asing yang mati lemas itu dikebumikan di kawasan perkuburan mereka.
“Ada yang takut mayat itu pembawa kolera, dan ada yang enggan mengebumikan mayat di tapak perkuburan Islam jika agama si mati tidak diketahui,” katanya. – AFP, 26 Julai, 2019.
Komen