Peninju Argentina meninggal dunia selepas bertarung


Hugo Santillan meninggal dunia pada Khamis dan merupakan kematian kedua dalam tempoh dua hari selepas peninju Rusia, Maxim Dadashev. – Gambar Facebook, 26 Julai, 2019.

PENINJU Argentina, Hugo Santillan meninggal dunia pada Khamis akibat kecederaan yang dialami pada Sabtu, kematian kedua dalam tempoh dua hari selepas peninju Rusia, Maxim Dadashev di Amerika Syarikat.

Santillan, yang berusia 23 tahun, rebah ketika keputusan diumumkan seri pada pusingan ke-10 dengan peninju Uruguay, Eduardo Abreu di San Nicolas, di utara Buenos Aires, Argentina.

Beliau dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan bagi mengurangkan tekanan akibat bengkak pada otak yang disebabkan oleh trauma kepala, kata sumber hospital. Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung.

Dadashev, 28, meninggal pada Selasa akibat kecederaan otak yang dialami dalam pertarungan dengan Puerto Rican Subriel Matias pada malam Jumaat di Maryland.

Semuanya dalam keadaan baik semasa Santillan bertarung dengan Abreu tetapi ketika menunggu pengumuman keputusan, beliau tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Dia bertanding untuk gelaran kategori lightweight World Boxing Council (WBC) Latino Silver, yang disandang oleh Abreu.

“Kami bersamai keluarga dan rakan Hugo turut bersedih,” kata WBC di Twitter.

Pada pertarungan sebelumnya iaitu lima minggu lalu, Santillan tewas pada Artem Harutyunyan di Jerman.

Menjadi peninju profesional sejak 2015, beliau memenangi gelaran super featherweight Amerika Selatan pada September 2016. – AFP, 26 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen