Perompak larikan 750kg logam berharga dari lapangan terbang Brazil


LAPAN lelaki bersenjata berpakaian seperti polis persekutuan melarikan hampir satu tan bahan logam berharga, termasuk emas dari lapangan terbang antarabangsa di Brazil semalam, kata pihak berkuasa.

Tiada tembakan dilepaskan ketika kumpulan penyamun itu berdepan dengan pekerja di dalam gudang di Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos di Sao Paulo kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Mereka melarikan 750kg bahan logam berharga yang sepatutnya dihantar ke New York dan Zurich.

Kumpulan itu menggunakan kenderaan yang hampir serupa dengan kenderaan polis dalam insiden rompakan berkenaan.

Polis masih menyiasat insiden itu. – AFP, 26 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen