2 buah sekolah ditutup di Paris kerana pencemaran plumbum


Kebakaran Notre-Dame dikatakan punca pencemaran plumbun yang terbakar dari bumbungnya.– Gambar EPA, 25 Julai, 2019.

PIHAK berkuasa Paris bertindak menutup dua buah sekolah pada Khamis berikutan kadar pencemaran plumbum dikesan selepas kebakaran gereja besar Notre-Dame pada April.

Kumpulan aktivis alam sekitar memberi amaran sejurus kebakaran yang menyebabkan 300 tan plumbum pada bumbung gereka berkenaan terbakar, mendedahkan penduduk kawasan sekitarnya kepada risiko kesihatan, terutamanya kanak-kanak.

Namun pihak berkuasa minggu lalu mendedahkan pencemaran plumbun dari kebakaran itu tidak membawa ancaman kepada masyarakat umum susulan laporan media yang mendakwa mereka cuba menyembunyikan tahap pencemaran di sekolah terbabit.

Laman web penyiasat Perancis Mediapart berkata, kadar plumbun yang tinggi dikesan di sekolah terbabit dan di sekitar kawasan Notre-Dame.

Majlis perbandaran bertindak menutup pusat jagaan kanak-kanak dan sekolah sebagai langkah berjaga-jaga apabila ujian yang dijalankan mendapati kadar plumbum yang tinggi di kawasan taman permainan, kata jurucakap majlis kepada AFP.

Majlis perbandaran turut mengarahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan di sekolah sekitar Notre-Dame minggu lalu.

Pegawai kesihatan Paris Arnaud Gauthier berkata, pembersihan itu bagi memastikan risiko yang minima, dan Timbalan Datuk Bandar Paris Emmanuel Gregoire menyatakan ia adalah prosedur biasa dan tiada kaitan dengan kebakaran mahu pun pencemaran. – AFP, 25 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen