Air Koryo lancar semula laluan penerbangan ke Macau


Syarikat penerbangan nasional Korea Utara Air Koryo akan melancar semula laluan penerbangan dari Pyongyang ke Macau bermula minggu hadapan selepas 15 tahun menghentikan perkhidmatan berkenaan, kata pihak berkuasa penerbangan awam wilayah China. – Gambar EPA, 25 Julai, 2019.

SYARIKAT penerbangan nasional Korea Utara Air Koryo akan melancar semula laluan penerbangan dari Pyongyang ke Macau bermula minggu hadapan selepas 15 tahun menghentikan perkhidmatan berkenaan, kata pihak berkuasa penerbangan awam wilayah China.

Dengan melancarkan semula laluan itu, Macau akan menjadi bandar keempat dengan penerbangan berjadual teratur ke ibu negara Korea Utara selepas Beijing dan Shenyang di China dan Vladivostok di Rusia.

Pihak berkuasa penerbangan awam Macau dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah membenarkan Air Koryo menyambung penerbangan dari Pyongyang dan Macau dua kali seminggu bermula 2 Ogos.

Menurut kenyataan itu, syarikat berkenaan sebelum ini mengendalikan penerbangan antara bandar antara 1996 dan 2004.

Macau yang mendapat jolokan “Las Vegas Asia” kerana industri perjudiannya yang besar mempunyai sejarah dengan Korea Utara.

Kim Jong-nam, adik lelaki Presiden Korea Utara Kim Jong-un yang tinggal di Macau bersama isterinya dan anak-anaknya sebelum diracun dalam satu pembunuhan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada 2017.

Raja judi Macau Stanley Ho membuka Casino Pyongyang di Korea Utara pada 1999.

China adalah sumber pelancongan besar bagi Korea Utara yang terpencil dengan penerbangan terus dan sempadan tanah panjang yang menghubungkan jiran-jiran serta puluhan ribu penduduk China yang datang melawat setiap tahun. – AFP, 25 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen