BANJIR yang melanda lapan wilayah dan negeri di Myanmar baru-baru ini mengakibatkan 9,420 penduduk terpaksa berpindah, lapor agensi berita Xinhua, memetik Jabatan Pengurusan Bencana pada Khamis.
Lapan wilayah dan negeri terjejas ialah Bago, Mon, Chin, Rakhine, Kachin, Sagaing, Mandalay dan Magway.
Banjir yang dicetuskan hujan lebat itu menenggelamkan banyak rumah, operasi menyelamat masih berterusan.
“Kami berusaha untuk memindahkan penduduk yang terjejas,” kata pengarah jabatan itu Daw Phyu Lei Lei Tun.
Kementerian Kebajikan Sosial, Bantuan dan Penempatan Semula bertindak sebagai penyelaras untuk mengagihkan bantuan seperti beras dan barangan keperluan lain kepada mangsa banjir.
Musim tengkujuh dari Jun hingga September mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di Myanmar, disertai hujan lebat serta angin kencang, terutamanya di kawasan berbukit dan kawasan rendah. – Bernama, 25 Julai, 2019.
Komen