7 terbunuh dalam 3 letupan batu di Kabul


Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan 21 lagi cedera apabila berlaku tiga letupan di Afghanistan hari ini menjelang musim pilihan raya. – Gambar EPA, 25 Julai, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA tujuh orang terbunuh dan 21 lagi cedera apabila berlaku tiga letupan di Afghanistan hari ini menjelang musim pilihan raya.

Pengeboman itu berlaku di tengah keganasan yang meluas di Kabul dan sekitar Afghanistan walaupun Amerika Syarikat (AS) sedang berusaha untuk membuat perjanjian damai dengan Taliban.

Tiada kumpulan yang bertanggungjawab atas serangan itu yang dilakukan tiga hari sebelum kempen rasmi untuk pemilihan presiden pada 28 Julai.

Menurut jurucakap kementerian Nasrat Rahimi, letupan pertama berlaku sekitar jam 8.10 pagi ketika seorang pengebom bunuh diri yang menunggang motosikal melanggar sebuah bas di timur Kabul.

Beliau berkata bas itu adalah milik kementerian perlombongan dan petroleum.

Rahimi berkata, dua letupan lain telah berlaku termasuk bom kereta juga di timur Kabul.

“Angka kematian kini tujuh orang dengan 21 lagi cedera,” katanya. –  AFP, 25 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen