Kenyataan Tangau tak bermaksud menyinggung sesiapa, kata Shafie


Jason Santos

Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal ketika hadir pada majlis pembukaan perpustakaan Tanjung Aru di Kota Kinabalu hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 25 Julai, 2019.

WILFRED Madius Tangau memberi contoh mengenai pentadbiran kerajaan negeri yang lalu dan kini ketika beliau menyentuh topik pengislaman secara paksa serta tidak pernah bermaksud menyinggung sesiapa pun, kata Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal.

Membela timbalan menterinya Shafie berkata, memang mudah untuk menafsirkan kenyataan Tangau dan menambah apa yang penting ialah untuk rakyat Sabah terus bergerak ke hadapan.

“Saya tak ada masalah dengan kenyataan Tangau. Sebagaimana kita tak mahu orang lain meremehkan agama kita, kita juga tak harus merendahkan agama lain.  

“Tetapi yang penting ialah rakyat Sabah perlu bergerak ke depan,” katanya pada pembukaan perpustakaan Tanjung Aru di Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan dan Inovasi Sabah Dr Yusof Yaakob, timbalan menteri Jenifer Lasimbang dan pengarah perpustakaan Wong Vui Yin. 

Pada 22 Julai lalu, Tangau yang merupakan timbalan ketua menteri dan Ahli Parlimen Tuaran menulis mengenai dakwaan upacara pengislaman beramai-ramai penduduk di Tambunan 38 tahun lalu oleh seorang pemimpin Sabah yang tidak dinamakan.

Kenyataan yang dibuat Tangau mendatangkan kemarahan dalam kalangan beberapa kumpulan Islam dan beberapa laporan telah dibuat.

Shafie berkata, isu agama dan perkauman tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa sambil menambah ia hanya satu pembaziran.

Beliau berkata, oleh sebab itulah kerajaan menganjur dan mempromosikan semua perayaan serta budaya dan bersedakah kepada gereja serta masjid.

“Sekiranya kita terus terlibat dalam isu seperti itu, Sabah tidak akan mencapai apa-apa kejayaan,” katanya. –  25 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen