Pinjaman ECRL muktamad, kata Loke


Ragananthini Vethasalam

Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada majlis pelancaran semula di Tapak Terowong Dungun, Rimba Bandar Bukit Bauk di Dungun, Terengganu hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Julai, 2019.

PINJAMAN bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dimuktamadkan susulan rundingan semula antara pemilik projek Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan Export-Import Bank of China (Exim Bank), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Saya ingin memaklumkan bahawa rundingan semula antara MRL dan Export-Import Bank of China berkenaan pembiayaan projek ECRL sudah dimuktamadkan,” katanya ketika menyampaikan ucap tama pada majlis pelancaran semula di Tapak Terowong Dungun, Rimba Bandar Bukit Bauk di Dungun, Terengganu hari ini.

“Dengan itu, satu perjanjian tambahan akan ditandatangani  dalam masa terdekat.”

Exim Bank akan membiaya sehingga 85% kos projek yang menelan kos RM44 bilion bagi Fasa 1 dan 2 projek.

Dengan pengurangan kos sebanyak RM22 bilion daripada kos asal sebanyak RM66 bilion, kerajaan kini akan membayar kadar faedah yang lebih rendah, tambah Loke.

Bayaran faedah dijangka mengalami pengurangan sebanyak RM12.22 bilion.

ECRL diteruskan semula pada April selepas ditangguhkan pada Julai tahun lalu selepas Putrajaya berunding semula dengan China dan kontraktor utama, China Communications Construction Company Ltd (CCCC). – 25 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.      


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen