KOREA Utara melepaskan dua tembakan senjata jarak dekat ke laut hari ini, menyukarkan lagi usaha untuk menyambung semula rundingan penangguhan program nuklear bersama Washington.
Tindakan itu juga memberi petanda kemarahannya terhadap rancangan eksais bersama ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea selatan.
Ia ujian senjata pertama Korea Utara sejak pertemuan tergempar antara Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Kim Jong Un bulan lalu yang menghasilkan persetujuan untuk menyambung semula dialog di peringkat kerja bagi menghentikan program nuklear.
Tetapi rundingan itu masih belum bermula dan Pyongyang baru-baru ini berkata ia mungkin dilengahkan lagi kerana keengganan Washington dan Seoul untuk menghentikan eksais ketenteraan yang dijadualkan bulan depan.
Ketua kakitangan gabungan Korea Selatan berkata dua senjata dilancarkan selepas subuh dari Wonsan di pantai timur dan meluncur lebih 430km sebelum jatuh ke dalam laut.
“Tentera kami memantau rapat situasi ini tentang kemungkinan ada pelancaran senjata tambahan dan terus dalam keadaan bersiap siaga,” katanya. – AFP, 25 Julai, 2019.
Komen