PIHAK berkuasa Israel pada Selasa telah menyerahkan kembali 22 bot nelayan Palestin yang sudah lama dirampasnya, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan kesatuan nelayan Gaza.
“Israel telah melepaskan 22 bot nelayan dan empat bot bermotor pada petang ini melalui persimpangan Kerem Shalom di selatan Semenanjung Gaza,” kata ketua Kesatuan Nelayan Palestin Gaza kepada Anadolu pada Selasa.
Kesemua bot tidak boleh digunakan dan tidak banyak peralatan tidak dapat beroperasi termasuk enjin serta gear yang telah patah dan berkarat menyebabkan keseluruhan badan bot itu rosak, katanya.
Pada Mei, Pusat bagi Hak Asasi Manusia Al Mezan, sebuah badan bukan kerajaan Palestin, telah mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyebut: “Susulan satu petisyen Mahkamah Tinggi yang difailkan tiga pertubuhan hak asasi manusia, Israel menyerahkan satu respons awal yang mana ia mengisytiharkan hasratnya untuk memulangkan 65 bot yang dirampas daripada nelayan Gaza di perairan wilayah semenanjung itu.”
Menurut kesatuan nelayan itu, kira-kira 50,000 penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza yang dikepung menyara hidup mereka dengan menjadi nelayan. – Bernama, 24 Julai, 2019.
Komen