2 maut, 25 cedera bom meletup di Pakistan


Orang awam sering menjadi sasaran militan yang cuba mencetuskan hura-hara di Quetta, Pakistan dengan meletupkan bom buatan sendiri. – Gambar EPA, 24 Julai, 2019.

SATU letupan yang dicetuskan oleh bom buatan sendiri meragut dua nyawa serta mencederakan 25 yang lain di barat daya Quetta, Pakistan pada Selasa malam, demikian menurut sumber hospital lapor agensi berita Xinhua.

Semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil, kata jurucakap Hospital Awam Quetta Waseem Baig.

Serangan berlaku di barat daya Balochistan kata Timbalan Ketua Polis Negara Abdul Razzaq Cheema kepada media tempatan.

Orang awam sering menjadi sasaran militan yang cuba mencetuskan hura-hara di kawasan itu, dengan meletupkan bom buatan sendiri.

Tiada kumpulan atau individu mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan itu setakat ini.

Quetta antara bandar yang menjadi sarang kumpulan militan bersenjata. Bagaimanapun, operasi ketenteraan dan Pelan Tindakan Negara yang dilancarkan sepanjang tahun terhadap militan membantu mengurangkan aktiviti  pengganas di negara ini termasuk di Quetta. – Bernama, 24 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen