2 isu perlu diselesaikan sebelum prosiding terhadap peguam negara, kata Haniff


Noel Achariam

Peguam Haniff Khatri Abdulla mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim bagi permohonan ex parte terhadap peguam negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Julai, 2019.

PEGUAM yang memfailkan permohonan ex parte bagi pihak keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim terhadap Peguam Negara Tommy Thomas kerana menghina mahkamah mahu koroner menyelesaikan dua isu sebelum mereka boleh meneruskan permohonan.

Kedua-dua isu itu dibangkitkan oleh peguam Haniff Khatri Abdulla hari ini, yang mewakili keluarga Adib mengenai permohonan ex parte.

“Isunya ialah berapa banyak peguam negara boleh terlibat dalam prosiding ex parte. Satu lagi isu berkaitan dengan dua afidavit yang difailkan oleh peguam negara berhubung permohonannya,” kata Haniff hari ini.

Minggu lepas peguam keluarga Adib, Mohd Zubir Embong berkata afidavit yang difailkan pada April oleh Jabatan Peguam Negara mengandungi kesimpulan terlalu awal berhubung kes Adib.

Ia mengatakan kecederaan Adib bukan akibat dipukul. – 24 Julai, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen