Mark Esper dilantik setiausaha pertahanan AS baharu


Presiden AS Donald Trump menghadiri majlis angkat sumpah Mark Esper sebagai setiausaha pertahanan Amerika Syarikat di White House. – Gambar EPA, 24 Julai, 2019.

BEKAS tentera Mark Esper mengangkat sumpah sebagai setiausaha pertahanan Amerika Syarikat (AS) pada Selasa selepas mendapat pengesahan Senat, mengisi kekosongan paling lama kepemimpinan Pentagon.

Orang nombor dua di Jabatan Pertahanan Presiden Donald Trump mengambil alih hampir tujuh bulan selepas Jim Mattis meletak jawatan, selepas tidak sehaluan dengan Trump behrubung dasar di Timur Tengah dan Afghanistan.

Persetujuan lantikan Esper dibuat dalam tempoh yang singkat dengan mendapat sokongan kedua-dua parti dan memperoleh undi 90-8.

Pada Selasa, beliau mengangkat majlis sumpah yang dihadiri oleh beberapa ahli Republikan Senat dan Trump, yang sifatkan sebagai “hari yang sangat penting” bagi negara.

“Tiada yang lebih layak memimpin Jabatan Pertahanan,” kata presiden itu.

Pemimpin Majoriti Senat Mitch McConnell, yang mewakili Parti Republik dalam Kongres, memuji Esper, yang berkhidmat selama dua tahun sebagai setiausaha Tentera AS yang bermula pada 2017, sebagai seorang calon terbaik.

Esper mempunyai pengalaman di Timur Tengah yang signifikan. Beliau bertempur di Iraq semasa Perang Teluk pada 1991, dan merupakan sebahagian daripada jabatan Angkatan Tentera AS yang dikenali sebagai “Screaming Eagles.”

Beliau juga rapat dengan Setiausaha Negara Mike Pompeo, selepas bersama memasuki Akademi Tentera West Point yang berprestij. Kedua-duanya menamatkan pengajian pada 1986. – AFP, 24 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen