Nissan buang 10,000 pekerja di seluruh dunia


Nissan merancang untuk menghentikan lebih 10,000 pekerja di seluruh dunia dalam sebahagian usaha menyelamatkan syarikat itu. – Gambar AFP, 24 Julai, 2019.

SYARIKAT gergasi pembuatan kereta Jepun, Nissan merancang untuk menghentikan lebih 10,000 pekerja di seluruh dunia dalam sebahagian usaha menyelamatkan syarikat itu, kata sumber.

Nissan pada Mei mengumumkan akan menghentikan 4,800 pekerja daripada 139,000 tenaga kerjanya di seluruh dunia.

Keuntungan bersih Nissan jatuh paling rendah tahun ini dan menjangkakan suasana perniagaan lebih sukar bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Syarikat itu dijadualkan mengumumkan pendapatan suku pertamanya esok, dan jurucakap Nissan berkata tidak akan ada komen akan dibuat sebelum pengumuman itu.

Syarikat itu terjejas teruk dengan jualan jatuh di Amerika Syarikat dan Eropah susulan penahanan bekas pengerusinya Carlos Ghosn atas tuduhan salah laku kewangan. – AFP, 24 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen