SEORANG lelaki Iowa yang dalam perjalanan ke Rhode Island dan merancang untuk “melawat” bintang terkenal Taylor Swift, ditahan dan didakwa atas kesalahan memiliki peralatan mencuri, kata polis.
David Page Liddle, 32, ditahan dan didakwa pada hujung minggu lalu selepas polis menemukannya di sebuah bandar tepi pantai Westerly dengan beberapa barangan termasuk 30 pembuka kunci, alat pecah tingkap dan kayu pemukul bola lisut.
Menurut media tempatan, Liddle datang untuk bertemu dengan Taylor Swift dan bertegas mengatakan dia mengenali penyanyi itu secara dekat.
Ketua Polis Shawn Lacey mengesahkan tangkapan itu.
The Westerly Sun melaporkan Liddle berada dalam senarai orang diperhatikan dan berkata dia mungkin pernah ke rumah milik Taylor Swift yang lain sebelum ini.
Suspek juga akan dihantar untuk mendapatkan penilaian kesihatan mental.
Ini bukan kali pertama Swift yang tidak berada di Rhode Island pada hujung minggu – berdepan pelawat tidak dikehendaki; pada Mac, seorang “stalker” ditahan untuk kali kedua dalam tempoh setahun kerana memecah masuk rumahnya di Manhattan. – AFP, 24 Julai, 2019.
Komen