4 ditahan godam telefon bimbit menteri di Brazil


POLIS Brazil menahan empat individu semalam kerana disyaki menggodam telefon bimbit milit Menteri Keadilan Sergio Moro dan pendakwa raya yang terbabit dalam siasatan rasuah besar-besaran.

Penahanan itu dibuat selepas satu laman web penyiasatan bulan lalu menyiarkan sedutan daripada mesej Telegram yang terbocor menunjukkan Moro, hakim berkuasa di sebalik siasatan digelar Car Wash, satu komplot untuk menghalang Luiz Inacio Lula da Silva yang dipenjarakan, menyertai pilihan raya presiden pada 2018, di mana beliau dijangka menang.

Dalam satu kenyataan, polis tidak memberikan identiti suspek dalam operasi yang membabitkan beberapa serbuan di tiga bandar di daerah Sao Paulo.

Moro menafikan salah laku dan enggan meletakkan jawatan berhubung skandal itu, berkata penjenayah menggodam telefon bimbit itu dengan matlamat menukar sabitan daripada siasatan itu yang menyebabkan beberapa tokoh termasuk Lula dipenjarakan, sejak 2014.

Laman web Intercept yang diasaskan bersama oleh wartawan AS Glenn Greenwald belum mendedahkan identiti sumbernya atau bagaimana mesej berkumpulan itu diperoleh.

Pendedahan itu mencetuskan protes jalanan, di mana ramai rakyat Brazil kini bosan dengan rasuah. – AFP, 24 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen