Melayu biasa dengan kepelbagaian budaya, kata ahli akademik


Chan Kok Leong

Malaysia yang sedang bergelut dengan politik perkauman dan agama perlu ingat bahawa kepelbagaian budaya bukan konsep baharu dan pernah diperjuangkan oleh masyarakat Melayu sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Julai, 2019.

KETIKA Malaysia terus bergelut dengan politik perkauman dan agama, perlu diingat bahawa kepelbagaian budaya bukan konsep baharu dan pernah diperjuangkan oleh Melayu sebelum ini.

Ahli akademik Dr Azhar Ibrahim berkata wujud golongan Melayu intelek pada 1940-an seperti Ahmad Boestaman dan kemudian diikuti dengan Usman Awang dan Dr Syed Hussein Alatas.

“Golongan Melayu intelek pada masa dulu sering bercakap tentang pelbagai budaya di Malaysia,” kata pensyarah Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura itu di sebuah forum di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau berkata walaupun ramai mengagumi bakat sastera Usman, kebanyakan karyanya mengandungi elemen kepelbagaian budaya.

Memetik puisi terkenal “Anak Jiran Tionghua”, Azhar berkata karya Usma menganjurkan pelbagai budaya dalam Malaysia yang sering menyentuh tentang perkauman.

Azhar bercakap pada forum bertajuk “Masa depan politik agama dan kaum di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM.

Sama juga, Syed Hussein iaitu pengasas bersama parti politik Gerakan, turut menganjurkan integrasi tetapi tidak mendapat sokongan daripada kerajaan Barisan Nasional.

Azhar yang memantau wacana Melayu di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura berkata beliau menemui lebih 20 intelek Melayu di rantau ini yang memperjuangkan teman perpaduan dan integrasi.

“Antaranya termasuk wartawan Rehman Rashid dan Dr Azmi Sharom. Ramai intelek Melayu memperjuangkan perkara ini.

“Apa yang kurang di Malaysia ialah NGO budaya dan agama dan golongan intelek seperti di Indonesia, contohnya Gus Dur (Abdurrahman Wahid).

“Di Indonesia, ada banyak NGO budaya berbanding politik dan mereka membantu mendesak masyarakat untuk menolak Suharto (pada 1998).” – 24 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen