Thailand sita harta ahli politik terlibat skandal dadah


Ahli politik itu merupakan dalang yang membiayai penyeludupan 459 kilogram dadah ‘ice’ (crystal methamphetamine) pada 7 Julai lepas. – Gambar EPA, 23 Juali, 2019.

PIHAK berkuasa Thailand hari ini menyita harta berjumlah 50 juta baht milik seorang ahli politik dari selatan Thailand yang dipercayai raja dadah di Daerah Waeng, Narathiwat hari ini.

Timbalan Ketua Polis Thailand, Jen Chalermkiat Sriworakhan berkata pasukan polis dan tentera menyerbu 17 lokasi sekitar Daerah Waeng termasuk kediaman ahli Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Narathiwat berumur 58 itu yang kini diburu polis Thai dan masih bebas.

“Suspek merupakan antara pengedar dadah yang terbesar di selatan Thailand dan dipercayai berkait dengan sindiket pengedar dadah di Malaysia,” katanya kepada pemberita hari ini.

Difahamkan pihak berkuasa Thailand menyerbu kediaman ahli politik tersebut dan menyita kereta serta motosikal mewah selain membekukan sembilan akaun milik suspek. 

Ahli politik itu merupakan dalang yang membiayai penyeludupan 459 kilogram dadah ‘ice’ (crystal methamphetamine) pada 7 Julai lepas. – Bernama, 23 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen