Tembakan ganas warga Eritrea bermotif xenofobia


Dalam usaha mencari dalang tembakan itu, polis berkata mereka menemui seorang lelaki Jerman berusia 55 tahun yang "nampak tidak bermaya" di dalam kenderaan di sebuah bandar berdekatan. Dia kemudian disahkan mati di hospital. – Gambar AFP, 23 Julai, 2019.

POLIS mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 26 tahun dari Eritrea yang ditembak di sebuah bandar kecil Jerman barat “sangat jelas” didorong oleh xenofobia.

Mangsa yang berasal dari timur Afrika itu parah selepas ditembak di Waechtersbach, berhampiran Frankfurt, dari sebuah kenderaan pada petang Isnin.

Mangsa dikatakan berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan di perutnya.

“Dia menjadi mangsa kerana warna kulit,” kata pendakwa raya Alexander Badle pada sidang akhbar.

Tembakan itu “mempunyai motif xenofobia yang sangat jelas,” katanya, di samaping turut menambah, “tak ada bukti yang boleh dipercayai bahawa hubungan wujud ... dengan kumpulan ekstremis berhaluan kanan”.

Dalam usaha mencari dalang tembakan itu, polis berkata mereka menemui seorang lelaki Jerman berusia 55 tahun yang “nampak tidak bermaya” di dalam kenderaan di sebuah bandar berdekatan. Dia kemudian disahkan mati di hospital.

Penyiasat percaya suspek, yang tidak mempunyai kesalahan jenayah sebelum ini, telah membunuh dirinya sendiri.

“Menurut maklumat terkini, kemungkinan orang ini adalah penembak yang disyaki,” kata polis, di samping menjelaskan pihak polis tidak mempunyai hubungan dengan kematiannya.

Polis menemui lima senjata, semuanya berdaftar secara sah, semasa menjejaki rumah dan kereta suspek, yang baru-baru ini diketahui telah menjual senjata keenam.

“Bagaimana dia boleh secara sah mempunyai senjata seperti itu, saya tak boleh beri apa-apa maklumat mengenainya setakat ini,” kata Badle.

Sepucuk surat juga turut ditemui, tetapi pihak pendakwa raya tidak memberi butiran lanjut mengenainya. – AFP, 23 Julai, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen