Cristiano Ronaldo bebas tuduhan serangan seksual


Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo tidak akan berdepan dengan tuduhan melakukan serangan seksual kerana kes itu tidak dapat dibuktikan. – Gambar EPA, 23 Julai, 2019.

BINTANG bola sepak Cristiano Ronaldo tidak akan berdepan dengan tuduhan melakukan serangan seksual kerana kes itu tidak dapat dibuktikan, demikian menurut pendakwa Amerika Syarikat lapor agensi berita Xinhua.

Penyerang Juventus dan Portugal itu dituduh melakukan seranagn seksual terhadap Kathryn Mayorga di sebuah hotel di Las Vegas pada 2009.

Bagaimanapun, pendakwa Las Vegas mengatakan tuduhan tidak boleh diteruskan kerana “tidak dapat dibuktikan melampaui keraguan munasabah.”

Mayorga mendakwa telah mencapai penyelesaian di luar mahkamah dengan pemain bola sepak handalan itu pada 2010.

Penyelesaian itu, melibatkan pembayaran US$375,000, memaksa Mayorga enggan dikenali, 

Polis Las Vegas mula menyiasat tuduhan itu pada Ogos 2018 atas permintaan Mayorga, tetapi memutuskan menggugurkan siasatan selepas meneliti semua maklumat. – Bernama, 17 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen